Penyanyi popular Ariana Grande mengejutkan peminatnya pada 15 Mei lalu apabila melangsungkan majlis perkahwinannya daripada pengetahuan umum.
Selepas setahun bercinta, Ariana mendirikan rumah tangga dengan agen hartanah, Dalton Gomez.
Memetik laporan Hollywood Life, penyanyi itu memaklumkan belum bersedia untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat disebabkan kesibukan kerja.
“Ariana tidak terburu-buru untuk segera hamil dan mempunyai anak sekurang-kurangnya dalam tempoh beberapa tahun ini.
“Dia masih lagi bersemangat untuk terus menghasilkan karya muzik yang bagus serta berlakon dan sekarang dia semakin sibuk dengan tugasnya sebagai juri untuk program The Voice.
“Impian Ariana untuk bergelar seorang ibu mungkin terpaksa diperam buat sementara waktu sebab dia masih banyak lagi terikat dengan kontrak kerja. Senang cerita dia memang seorang yang sangat kuat bekerja,” kata sumber tersebut.
Terdahulu, pelantun lagu Thank U, Next itu berkahwin dalam majlis tertutup di kediaman mewah Ariana di Montecito, California, Amerika Syarikat dengan kehadiran kurang daripada 20 orang tetamu.
Sumber: Hollywood Life
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.