Pelakon dan juga suami kepada Ardell Aryana, iaitu Nadzmi Adhwa menceritakan pengalaman isterinya mengandungkan anak pertama mereka, Arwa Malaikha Urwa.

Menurut Nadzmi, isterinya adalah seorang ibu yang sangat kuat kerana meskipun sarat hamil, Ardell masih lagi sempat melakukan siri bantuan amal meskipun ketika itu juga mengalami alahan teruk, sehinggakan pernah tertidur dalam tandas.

“Sekejap je awak dah sebulan. Abi nak urwa tahu yang umie dan kamu sangat kuat. Semoga jadi anak yang solehah. Semangat kamu 9 bulan dalam kandungan.
“Masa awal awal mengandungkan kamu umie sampai tido dalam toilet abi teman sebab kan muntah muntah alahan yang teruk. Lepastu pergi ke Thailand umie mengidam macam macam masatu tak tahu kamu dah ada dalam perut.
Banyak tempat umie kamu bawa kamu. Pergi hantar bantuan di Syria , Turkey , selama 22 hari. Umie kamu pengsan di Istanbul masa nak hanta bantuan di rumah anak anak yatim Syria, abie angkat bawa balik hotel tapi tak pernah pun dia mengeluh,” tulis Nadzmi sambil mendoakan agar anaknya membesar menjadi anak yang solehah serta diperlihara di dunia dan akhirat.

Sumber: Instagram Nadzmi Adhwa
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.