Penyanyi, Ara Johari berkongsi pengalaman apabila sudah selesai divaksinasi dos pertama di Pusat Pemberian Vaksin di Shah Alam, Selangor pada Sabtu lalu.
Gelagat Ara yang takutkan jarum itu membuatkan peminatnya geli hati dengan aksi penyanyi itu menjerit-jerit ketika disuntik vaksin COVID-19.
Susulan itu, penyanyi berusia 24 tahun ini berkongsi simptom yang dialaminya setelah menerima suntikan tersebut.
Dia mengakui hanya berehat di rumah setelah selesai divaksinasi dan mengalami sakit badan , demam, cirit-birit selepas 48 jam.
Menerusi hantaran di Instagram, Ara memaklumkan simptom yang dialami sudah berkurangan dan mempunyai selera makan.
“Hari ini, saya semakin baik. Tiada simptom teruk cuma demam dan sakit badan biasa sahaja,” katanya.
Pelantun lagu popular, Bunga itu berterima kasih kepada barisan hadapan yang melayan kerenahnya ketika mengambil suntikan tersebut.
Tindakan dia yang menjerit ketika itu bukan dibuat-buat kerana dia memang takut jarum sejak kecil lagi.
Sumber: Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.