
Foto Hiasan
FOMO (Fear of Missing Out) ialah satu perasaan cemas atau takut tertinggal daripada sesuatu seperti trend, aktiviti sosial atau maklumat yang dipercayai dapat meningkatkan kualiti hidup orang lain. Ia menyebabkan individu terus menerus memeriksa telefon pintar atau media sosial, kerana bimbang keputusan untuk tidak menyertai sesuatu itu salah dan ketinggalan.
🎯 Tanda-tanda FOMO
1. Kerap melihat perkongsian orang lain di media sosial walaupun hati tidak tenang.
2. Sukar membuat keputusan kerana risau pilihan lain lebih baik
3. Asyik membuat semakan di media sosial kerana takut terlepas informasi penting.
4. Merasa iri hati apabila melihat orang lain seakan menjalani hidup lebih bermakna.
5. Semakin lama melihat media sosial, hati menjadi semakin resah.
6. Sukar menikmati momen yang sedang berlaku kerana fikiran terganggu oleh apa yang terlepas.

Foto Hiasan
🧠 Kesan kepada Kesihatan Fizikal & Mental
Mental: Individu yang merasa FOMO dikaitkan dengan rasa cemas, rendah harga diri, kemurungan dan tekanan emosi.
Fizikal: Boleh menyebabkan gangguan tidur, kurang tumpuan, sakit kepala dan denyutan jantung deras.
Produktiviti: Menjejaskan fokus, menyebabkan kerja atau pembelajaran terbengkalai.
Kajian setempat menurut researchgate.net mendapati 20–30% pelajar atau warga kampus menunjukkan simptom FOMO yang mengganggu rutin harian.
🌿 Mekanisme FOMO
Punca FOMO biasanya:
-Terasa ‘tidak cukup’ berbanding orang lain, lalu terus memeriksa media sosial.
- Terlalu bergantung pada dunia maya sebagai sumber validasi diri.
-Mempunyai penghargaan kendiri rendah dan dibebani tekanan rakan sebaya.
Cara Mengatasi FOMO
- Kenali pemicu FOMO dengan mencatat situasi atau platform yang membuat anda rasa cemas atau iri hati.
- Batasi penggunaan media sosial dan tetapkan masa untuk buka telefon serta putuskan notifikasi yang tidak penting.
- Fokus pada kehidupan nyata dengan mengalihkan perhatian kepada hobi, aktiviti kreatif atau interaksi bersama keluarga dan teman.
- Tulislah jurnal harian seperti mencatat tiga perkara baik setiap hari serta perasaan FOMO kerana ia dapat mengurangkan kerisauan .
- Amalkan rasa syukur & hargai diri sendiri.
- Bina hubungan sosial sebenar kerana lebih banyak masa bersama orang tersayang membantu mengurangkan kebergantungan pada maya.
- Latih kawalan diri & kesedaran (mindfulness).
- Berhenti mengikuti kandungan yang memicu FOMO.
- Dapatkan bantuan professional sekiranya makin melampau.

Foto Hiasan
🌸 Joy of Missing Out (JOMO)
Berlawanan dengan FOMO ialah JOMO, suatu rasa puas dan bahagia dengan apa yang ada sekarang, tanpa perlu sentiasa ikuti apa orang lain lakukan. Orang yang mengamalkan JOMO mempunyai kesejahteraan emosional yang lebih tinggi dan tidak terbeban dengan tekanan sosial.
FOMO ialah gangguan biasa di era digital yang boleh menjejaskan kesihatan mental dan fizikal jika tidak diurus. Dengan mengenal pasti tanda-tandanya, membatasi penggunaan media sosial dan membina kesedaran diri. Semoga kita semua merasa tenang dalam menjalani kehidupan dan sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada.
Apa strategi yang anda guna untuk hadapi FOMO? Kongsi pengalaman anda! 😊
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.