berita hiburan era Muatnaik Hasil Lukisan di IG, Anzalna Geram Netizen Pertikaikan Tu Bukan Lukisannya Siapa tak geram kan bila penat-penat melukis ada pula orang tuduh tu bukan lukisan kita. Editor 23 Apr 2018, 04:01 PM Share Tweet Baru-baru ni Anzalna Nasir ada memuat naik hasil lukisannya di Instagram yang membuatkan ramai orang terpegun. Tak sangka Anzalna rupanya ada bakat melukis. Tapi dalam pada excited berkongsi dengan peminat hobi barunya itu, ada pula seorang netizen yang mendakwa dia pernah nampak lukisan seperti itu sebelum ini. Komennya itu seolah mengatakan Anzalna hanya memuat naik lukisan orang lain dan bukan lukisannya sendiri. So guys, i have a new hobby! What do you think of my painting? ☺️ Kalau ada yang berminat, sis ok je nak jual! Hahahahhahahahahahahahhahahahhahahahahha #BalikJapanTerusJadiArtist #NantiKanVideoSisMelukisA post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on Apr 16, 2018 at 5:48am PDTBengang dengan komen yang menjatuhkan seperti itu, Anzalna membuat sreencapture dan memuat naik komen tersebut di IG nya. Anzalna menawarkan hadiah sekiranya gadis tersebut boleh buktikan yang lukisan Anzalna adalah lukisan orang lain. I nak tawarkan wanita ini hadiah lumayan! ( nak bagi duit ke nak bagi kereta ke nak bagi rumah depan KLCC? Bagi sis fikir dulu! 😂) sekiranya dia dapat buktikan lukisan ini hasil tangan orang lain. Lukisan tak berapa elok macam ni pun dia nak cakap i curi! Hahahahhaahhaha bukan hebat mana pun kita lukis! Secara tiba-tiba nak melukis sementara tunggu call time shooting. Ada juga hati yang tak senang. Kena lukis gambar orang lidi agaknya baru nak percaya! Kita malas nak cakap tapi kita pernah menang melukis di Canada. Kan dah tercakap! 🙊 Hahahahahah Kita malas la nak berlagak tapi nak bagitau juga kat awak takkan semua benda nak kena video! Penat juga hidup macam ni.. videographer i boleh letak jawatan terus! Kami tak gaduh pun cuma i juga teringin nak tengok lukisan dia cakap tu. Girl, nanti tunjukkan kat sis! 😘#PastikanLukisan100%SamaBilaJumpa #MelukisMestiKenaAdaInspirasiDanRujukan #GoodLuckGirl #HadiahLumayanMenantiAnda #LOVEYOUGIRL #LepasNiMelukisKenaAmbilVideoIngatTau #SajejerlayankanA post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on Apr 20, 2018 at 8:05am PDTSumber: Instagram @anzalnanasir88 Share Tweet Filled Under : anzalna painting *Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.