
Foto: Instagram
Aktres jelita, Anna Jobling, bakal mengikuti jejak langkah pelakon popular, Maya Karin apabila ditawarkan untuk membintangi filem seram ikonik iaitu Pontianak Harum Sundal Malam 3.
Jelas Anna atau nama lengkapnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman Jobling, 25, juga mengungkapkan keterujaannya untuk membintangi filem seram ikonik itu.
“Saya sangat-sangat teruja. Pontianak Harum Sundal Malam adalah filem seram pertama yang saya tonton sewaktu kecil. Watak Maya Karin memang terpahat dalam ingatan saya.
“Tetapi saya sendiri tidak tahu bila filem ini akan jalani penggambaran. Saya nak ulas lebih-lebih pun tak boleh. Kita nantikan saja,” katanya ketika ditemui pada acara Gempak Most Wanted Awards 2024.

Foto: Instagram
Untuk rekod, Anna pernah membintangi filem seram terbitan Indonesia berjudul Lembayung dengan memegang watak sebagai hantu. Lakonannya dipuji ramai terutamanya peminat-peminat di Indonesia.
Anna juga baru selesai membintangi filem seram di Indonesia bersama Baim Wong, Luna Maya, Fedil Nuril dan Christine Hakim.
Dalam perkembangan lain, Anna berjaya mempertahankan trofi Gempak Most Wanted Awards untuk tahun kedua berturut-turut dalam acara yang berlangsung semalam.
Dia turut membawa pulang dua lagi trofi iaitu Selebriti Tergempak, dan Drama Tergempak menerusi Gempak Most Wanted 2024.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.