Pelakon dan model, Aniq Suhair tidak mem uang masa dengan perkara yang sia-sia apabila berganding bahu membantu barisan hadapan dengan menjadi sukarelawan.
Menerusi hantaran di laman Instagramnya, Aniq bersyukur dan berbangga dapat berkhidmat untuk masyarakat dengan caranya iaitu sukarelawan di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) bertempat di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.
“Semua secara kebetulan. Aniq cuba memanfaatkan PKP kali ini dengan menjadi sukarelawan. Aniq tak sangka Aniq terpilih dan kemudian diminta untuk bertugas di zon merah,” katanya.
Pelakon berusia 21 tahun itu juga mengakui agak berdebar ketika mahu menjadi sukarelawan tetapi dia kuatkan semangat untuk menawarkan diri.
Aniq juga meluahkan rasa sebak apabila melihat ramai kanak-kanak dan warga emas yang datang di pusat penilaian untuk membuat pemeriksaan akibat positif COVID-19.
“Alhamdulillah semua pesakit Covid-19 yang datang semuanya dalam keadaan baik, tetapi hati ini sebak bila melihat anak kecil dan warga emas turut hadir,” katanya.
Peranan Aniq di lokasi tersebut bagi mengambil tekanan darah, denyutan nadi dan tahap oksigen setiap pesakit yang melaporkan diri.
Tambahnya, dia berharap sumbangan kecilnya ini dapat meringankan beban para barisan hadapan yang sedang berjuang melawan wabak COVID-19 ini.
Sumber: Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.