Pelakon tersohor dunia, Angelina Jolie mengimpikan untuk berlakon dalam karya dari Korea Selatan.
Biarpun sudah melakar pelbagai kejayaan di persada dunia terutamanya di Hollywood, dia tetap berhasrat begitu kerana cintakan negara tersebut.
“Adalah hal yang mengujakan jika saya boleh terbabit dengan filem Korea atau mengarahkannya.
“Pada masa akan datang saya berharap akan dapat lebih banyak peluang terlibat dalam dunia perfileman Korea,” katanya.
Jolie juga meluahkan alasannya yang menyebabkan Korea ini begitu istimewa dan tertarik buatnya.
Pertama, dia bersahabat baik dengan salah seorang bintang terkenal Korea, Ma Dong Seok yang merupakan pelakon bagi filem Marvel, Eternals.
Jolie beranggapan Ma Dong Seok seorang yang bijak, baik dan pernah mengajak untuk menonton filem mereka bersama.
Selain itu, seorang anak angkatnya yang terlalu cintakan negara itu sehingga menuntut ilmu di salah sebuah universiti di Seoul iaitu Yonsei University sejak 2019.
Namun, anak angkatnya, Maddox telah kembali ke Amerika Syarikat setelah pihak universiti menjalani kelas secara atas talian akibat pandemik COVID-19.
“Saya sukakan Korea dan mahu menghabiskan lebih banyak masa di sana. Walaupun Maddox kini tidak dapat meneruskan pelajarannya di sana kerana COVID-19, namun dia tetap meneruskan pembelajaran bahasa Korea dan sesekali mengajarnya kepada saya,” ujar Jolie.
Sumber: Eagles Vine
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.