Permohonan ikat jamin ke atas Aryan Khan, 23, anak bintang Bollywood, Shah Rukh Khan dibenarkan Mahkamah India yang ditahan agensi narkotik atas tuduhan berkaitan dengan rampasan dadah.
Anaknya Aryan ditahan dalam keadaan penuh kontroversi bersama beberapa lagi orang oleh Biro Kawalan Narkotik (NCB) di Mumbai pada awal bulan ini.
Mahkamah Tinggi Bombay dalam penghakiman itu membenarkan permohonan ikat jamin ke atas Aryan dan dua lagi individu lain yang berkaitan.
Pelbagai spekulasi dan dakwaan seperti manipulasi saksi, bukti palsu serta tuduhan cuba memeras berjuta dolar sebagai tebusan berkenaan kes ini.
Dilaporkan, pihak berkuasa tidak menemui sebarang dadah terlarang pada Aryan.
Ketika masih diselubungi kontroversi, polis di bandar raya Pune, kira-kira 150 kilometer dari Mumbai pada Khamis, menahan Kiran Gosavi, lelaki yang dikatakan sebagai penyiasat persendirian dan menjadi saksi kes dadah berkenaan, berhubung kes penipuan pada 2018.
Swafoto Gosavi bersama Aryan Khan tular di media sosial mencetuskan persoalan mengenai hubungan penyiasat itu dengan NCB.
Pengarah Wilayah Agensi itu, Sameer Wankhede, sebelum ini memohon perlindungan mahkamah selepas beliau ditahan atas tuduhan salah laku.
Sumber: Bernama
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.