Bintang filem Vin Diesel hadir pada majlis perkahwinan anak mendiang rakan baiknya Paul Walker, Meadow Walker dengan pelakon Louis Thornton-Allan pada Jumaat.
Walaupun mendiang ayahnya tiada di sisi, namun Diesel sudi ‘menggantikan’ Paul untuk mengiringi Meadow pada hari bahagia pasangan itu.
Meadow Walker, 22, berkongsi khabar gembira itu di Instagram pada Jumaat.
“Kami sudah berkahwin!!!!” kongsinya dalam video hitam putih pada majlis gilang-gemilang pinggir pantai.
Dalam klip itu, Meadow dilihat memakai gaun Givenchy 'halterneck' yang menawan, dipadankan dengan vel putih.
Vin Diesel kemudian muncul bersama pengiring pengantin perempuan serta rakan dan ahli keluarga yang lain.
Sumber memberitahu E! bahawa Vin Diesel yang juga ayah baptisnya mengiringi Meadow untuk lafaz perkahwinan.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.