
"Selamat jalan anakku sayang. Kamu hantar ibu ke rumah Allah. Selepas lima hari kami di sini, kamu tinggalkan ibu buat selamanya. Betapa pilunya hati ibu mendapat berita Sarah dah tak ada Iagi."
Melalui status yang dimuatnaik oleh pelakon Delimawati Ismail, dia meluahkan rasa sedihnya selepas mendapat tahu berita pemergian anak perempuannya Sarah Jaafar yang meninggal dunia jam 1:30 petang semalam. Ketika itu, Delimawati berada di Makkah untuk mengerjakan ibadah umrah.
"Ibu kena reda dan kuatkan semangat ibu. Tak apalah anakku. Ibu doakan semoga Allah ampunkan dosa-dosamu dan digolongkan di kalangan orang-orang yang beriman. Insya-Allah selagi ada hayat ibu, doa ibu tidak akan putus untuk Ara. Tunggu ibu di sana," jelasnya.
Pada tahun lepas, Delimawati diuji dengan pemergian anak lelakinya Zulfazli Jaafar yang meninggal dunia di Hospital Banting, Selangor. Kali terakhir Delimawati berjumpa dengan anak perempuannya itu adalah ketika meraikan hari jadinya di lapangan terbang sebelum ini.
Sumber Harian Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.