Pelakon, Norman Hakim terkenal dengan bakat seninya selain mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan memiliki tubuh badan yang tegap.
Baru-baru ini, anaknya Danish berkongsi fotonya yang sedang dalam proses untuk mendapatkan tubuh badan yang ideal.
Malah, Danish sudah semakin ‘fit’ apabila mengikuti bapanya bersenam bersama jurulatih peribadi.
“Kuncinya adalah jangan bercakap, cakap, cakap. Buat sahaja.
“Berkat tak pernah membantah daripada menerima segala ‘seksaan’ oleh Bangwan dan juga bekerjasama dengan Papa, terima kasih dengan kalian berdua.
“Dah boleh nak dapat nama goku malaysia jugak kan ni?,” katanya di ruangan kapsyen.
Rata-rata warganet juga teruja dengan perubahan yang dilakukan Danish dan ada juga sesetengah pengikut yang bertanya tip untuk amalkan gaya hidup sihat seperti dirinya.
Oleh: Muhammad Izwan Zainal
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.