Mira Filzah akhirnya berkongsi wajah putera sulungnya, Wan Khair Amir yang kini berusia lima bulan di laman instagramnya. Muat naik tersebut merupakan kolaborasi Mira dan suaminya, Wan Emir Astar Wan Mohammad.
Gambar tersebut mendapat perhatian dan respon yang positif oleh netizen dan rakan artis. Mereka turut memuji kecomelan Amir sambil mendoakan yang baik-baik buatnya.

Mira Filzah telah mendirikan rumah tangga bersama pasangan tercinta, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar pada tahun 2020 dan dikurniakan cahaya mata pada 10 Mei yang lalu.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.