Pelakon, Mira Filzah berkongsi kegembiraan bersama peminat dan orang ramai apabila anak buahnya, Umar, mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di sebuah sekolah di New York.
Difahamkan sekolah yang dikenali sebagai The Anderson School Citywide Gifted & Talented ini adalah antara sekolah terbaik dan juga nombor satu di New York, serta hanya mengambil 50 orang pelajar cemerlang sahaja setiap tahun.
"Saya 'repost' daripada abang ipar saya, saya sangat emosi sekarang, saya menangis! Umar dah besar.
"Kebolehan dan prestasi akademik Umar telah melebihi apa yang sepatutnya dicapai pada umurnya.
"Semoga Allah selalu menyelamatkan kamu, kemana saja kamu pergi, saya doakan supaya kamu tak pernah lari dari perlindungan Allah," tulis Mira pada ruangan kapsyen yang disertakan surat tawaran kepada anak buahnya itu.
Terdahulu, Umar sebelum ini telah menetap di Amerika Syarikat dan mendapat persekolahan disana kerana abang ipar dan kakak Mira Filzah juga menetap disitu.
Sumber: Instagram / Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.