Baru-baru ini, pelakon dan juga penyanyi, Bella Astillah telah berkongsi video menyayat hati menunjukkan anaknya, Ayden menangis teresak-esak.
Lebih menyayatkan hati, anaknya itu dikatakan terlalu merindui bapanya, Aliff Aziz yang kini berada di Singapura.
Menerusi video berkenaan, Ayden memberitahu ibu yang dia mahu pulang ke Singapura untuk berjumpa dengan bapa tersayang.
Menurut Bella, ini bukan pertama kali anaknya berkelakuan sedemikian dan ada kalanya dia akan menyendiri berhampiran tandas di rumahnya.
“Actually bukan sekali ni je. Kadang cari mana dia rupanya tengah duduk nangis (sometimes depan toilet) ingatkan jatuh rupanya cari daddynya.”, tulis Bella pada ruangan kapsyen.
Rata-rata pengikut Bella turut bersimpati dengan keadaan semasa pelakon ini sambil mendoakan agar Bella, Aliff dan anaknya kuat dalam menghadapi dugaan ini bersama.
Sumber: Instagram Bella Astillah
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.