Pelakon, Azhar Sulaiman baru-baru ini telah berkongsi keputusan terbaru Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) milik anak lelakinya, Andika Rees Pahamin yang baru sahaja selesai menjalani proses semakan semula.

Menurut Azhar menerusi laman Instagramnya, beliau kini boleh menarik nafas lega selepas pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memperbetulkan gred bagi subjek Pendidikan Islam daripada B kepada A.
“Result SPM Rees telah diperbetulkan.....
Terima Kasih Kepada Kem. Pelajaran Malaysia Atas Pembetulan Ini.
Final Score for My Non Identical TWINS
“Leona 7A & Rees 7A” - Barulah betul bunyinya....
-p/s Rees got 6A earlier.”, tulis Azhar menerusi ruangan kapsyen.
Selain cemerlang dalam akademik, Andika Rees Pahamin juga hebat dalam sukan, malah kini mempunyai lesen bagi mengemudi kapal layar.
Terbaiklah!
Sumber: Instagram Azhar Sulaiman
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.