Pelakon, Amyra Rosli, menerusi portal Gempak memberitahu, beliau tidak kisah dengan kritikan yang mengecam dirinya yang menjayakan babak intim bersama pelakon, Fendy Bakry.
"Saya akui, drama bersiri ini memerlukan saya melakonkan babak-babak mesra dengan Fendy, seperti contoh, babak berdua atas katil.
"Babak atas katil tu, mungkin di kaca televisyen nampak agak rapat tapi sebenarnya kami duduk berjauhan. Teknik kamera digunakan untuk merealisasikan babak itu agar ia kelihatan natural.
"Babak menari dan beberapa babak lain yang memerlukan karakter kami berdua berada sangat rapat pun digantikan dengan orang lain.
"Saya tak kisah bila ada orang bercakap kerana apabila suami dan keluarga saya tahu cara kami bekerja, itu sudah memadai. Asalkan mereka mengetahui situasi sebenar," kata Amyra.
Amyra Rosli dan Fendy bersama barisan pelakon lain Dalimawati, Hafidz Roshdi, Mia Nasir, Syamim Farid dan ramai lagi kini hangat menjayakan drama bersiri, Kan Kukejar Cinta Kamu menerusi slot Megadrama di Astro Ria dan Ria HD setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam.
Sumber: Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.