Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Amyra Rosli Luah Rasa Rindu dan Bangga Selepas Suami, Amar Baharin Berjaya Tamatkan Misi Kayuhan ke Madinah

ROSTAM, Mohamad Firdaus
30 May 2025, 12:37 PM

amyra rosli luah rasa rindu dan bangga selepas suami, amar baharin berjaya tamatkan misi kayuhan ke madinahFoto: Instagram

Pelakon terkenal, Amyra Rosli, meluahkan rasa syukur dan bangganya apabila suami tercinta, Amar Baharin, berjaya menamatkan misi kayuhan sejauh 8,000 kilometer ke Madinah, Arab Saudi.

Perjalanan yang dikenali sebagai #JourneyToTanahHaram itu turut disertai oleh pendaki, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin, dan mengambil masa selama 33 hari merentasi empat negara: Thailand, Iran, Emiriah Arab Bersatu (UAE), dan Arab Saudi.

Amyra, 35, berkongsi perasaannya melalui Instagram, menyatakan betapa bangganya terhadap pencapaian suaminya dan berharap pengalaman tersebut memberikan impak positif kepada Amar.

"Tahniah sayang! Akhirnya awak berjaya tiba di Madinah. Alhamdulillah, sangat bangga.

"Saya harap kembara ini meninggalkan satu memori dan makna yang besar untuk awak serta Qobin.

"Semoga awak dapat pulang sebagai individu yang lebih baik dan tenang serta terus kekal istiqamah, insya-Allah," katanya.

Dalam masa yang sama, hos program Nona itu turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan keselamatan suaminya sepanjang misi tersebut. Beliau mengakui terlalu merindui Amar yang telah berjauhan dengan keluarga selama lebih sebulan.

"Kepada semua pihak termasuk ahli keluarga, rakan-rakan, media dan sesiapa sahaja yang menyokong serta mendoakan perjalanan mereka, terima kasih kerana semua itu sangat bermakna untuk kami semua.

"Akhirnya misi #JourneyToTanahHaram berakhir dengan indah sekali. Sangat bersyukur dan lega.

"Balik segera okey, saya sangat rindu dan tak sabar untuk peluk awak," tambahnya.

Amar Baharin, 40, tiba di Madinah sekitar pukul 3 petang waktu tempatan dan dijangka pulang ke tanah air sehari sebelum Hari Raya Aidiladha yang bakal disambut minggu depan.

Beliau tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja menjejakkan kaki di bumi Madinah, menandakan berakhirnya misi yang penuh cabaran dan pengorbanan.

Sumber: Instagram

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us