Pelakon, Ammar Alfian menerusi Instagramnya mengesahkan kini sudah bercerai dengan pasangannya, Nelissa Nezam secara tebus talak, Rabu lalu.
Menurut Ammar, beliau bersyukur kerana kebenaran berpihak kepada dirinya apabila mahkamah syarikah tahu akan sikap sebenar bekas isterinya itu.
"Alhamdulillah. Hari ini, mahkamah benarkan saya dan isteri bercerai secara tebus talak dengan bayaran iwad dibayar oleh bekas isteri kepada saya, RM7,000.
"Akhirnya, kebenaran terbukti. Dia mungkin berjaya membodohkan dunia bersama media menentang saya, namun kebenaran tetap akan terbukti.
"Sekarang, satu Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan tahu perangai sebenar dia," tulisnya.
Ammar juga berkata, beliau tidak akan memaafkan apa yang dilakukan bekas isterinya terhadap kedua-dua orang tuanya sebelum ini.
"Apa yang awak sudah lakukan kepada ibu dan ayah saya, takkan saya maafkan," tulisnya.
Nelissa pula menerusi Instagramnya nampak tenang dan berasa lega dengan proses penceraian ini.
"Selepas keletihan secara fizikal, mental dan emosi melalui proses dan ujian ini, Alhamdulillah akhirnya saya sah bercerai.
"Mahkamah Syariah Kuala Lumpur memutuskan saya supaya membayar sejumlah wang kepada bekas suami, untuk membenarkan perceraian.
"Sejumlah wang itu adalah berdasarkan undang-undang yang tidak konkrit. Sejumlah wang yang dipaksa.
"Sejumlah wang untuk lelaki yang menyeksa saya, curang dan tidak pernah memberi nafkah buat anak," tulisnya sambil berkongsi foto bersama anak mereka, Kyro Shakur.
Terdahulu, kisah rumah tangga Ammar dan isterinya menjadi tular selepas Nelissa membongkarkan dakwaan suaminya berlaku curang.
Sumber: Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.