Pelakon filem Paskal, Ammar Alfian telah berkongsi foto wajahnya yang lebam pada mata kanan dan juga gegendang telinganya dikatakan pecah menerusi laman Instagram.
Dalam foto tersebut, Ammar menyatakan ia adalah kesan daripada terjunan yang dilakukan olehnya ketika melakonkan babak di pelantar minyak dalam filem Paskal tahun lalu.
"I call it ‘the slap from God’.
"Throwback to when I did dat killer jump off the oil rig for Paskal The Movie. Got this and a broken ear drum.
"Better be prepared for sh*t like this again," tulisnya.
Foto tersebut nyata meraih perhatian ramai dan ada yang menantikan sekuel seterusnya bagi filem terbabit.
Sumber: Instagram Ammar Alfian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.