Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

“Fattah Yang Lamar Saya, Saya Teruja Nak Kongsikan” - Amira Othman

ROSTAM, Mohamad Firdaus
03 Jul 2025, 11:12 AM

“fattah yang lamar saya, saya teruja nak kongsikan” - amira othmanFoto: Instagram

Amira Othman menegaskan bahawa pelakon dan usahawan Fattah Amin bukan sahaja menjadi punca awal namanya mula dikenali ramai, malah kini turut menjadi penggerak utama dalam perkembangan kerjaya seninya.

Menurut Amira, Fattah secara peribadi menawarkan diri untuk menguruskan perjalanan seninya, dan beliau menerima tawaran itu atas keyakinan terhadap pengalaman serta kemampuan pengurusan Fattah dan pasukannya.

“Fattah yang lamar saya sebab dia dengar saya nak buat. Dia nak bantu uruskan, lagipun dia ada pengalaman dan pasukan yang boleh lakukan,” ujar Amira.

Penyanyi kelahiran Skudai, Johor itu menyatakan keterujaannya apabila dapat melancarkan lagu terbaharu berjudul Dalam Sujudku yang dijadikan runut bunyi untuk drama Dia Bukan Syurga.

Lagu tersebut mengangkat emosi watak Nuha lakonan Ezanie Jasny yang dianiaya dalam perkahwinan, dan Amira mengaku menyampaikan lagu itu seolah-olah dirinya sendiri berada dalam situasi tersebut.

“Saya sampaikan lagu ini sebagai Nuha. Dapat pasangan yang menganiaya adalah mimpi ngeri buat semua wanita dalam dunia,” katanya dalam satu sesi pelancaran bersama media.

Mengulas lanjut, Amira turut mengakui bahawa beliau sedang berusaha mengekalkan identitinya sebagai penyanyi walaupun kini aktif sebagai duta pelbagai produk.

Beliau bimbang masyarakat hanya mengaitkannya dengan dunia komersial dan bukan sebagai penggiat muzik.

“Bila tak keluar lagu, takut orang rasa apa fokus saya. Jadi saya nak keutamaan saya tetap dengan nyanyian. Kalau boleh, nak sentiasa keluarkan lagu,” jelasnya.

Kerjasama bersama Fattah Amin kini membuka ruang lebih besar buat Amira untuk merancang sesuatu yang lebih besar.

Beliau berkongsi perancangan mengadakan showcase pertama dalam kerjayanya sekitar Ogos ini di bawah pengurusan Fattah Amin Management. Baginya, penganjuran itu merupakan impian lama yang tertangguh akibat kurang keyakinan diri.

“Impian saya nak sangat buat tapi saya tak pernah ada keyakinan nak buat, takut orang tak datang. Kali ini ada orang yang beri sokongan, jadi saya teruja nak kongsikan,” katanya lagi.

Amira juga tidak menafikan bahawa sejak awal kemunculannya bersama Fattah, beliau memang menumpang populariti pelakon berkenaan demi memperluas nama dalam industri muzik.

Namun, beliau berharap selepas ini masyarakat akan lebih mengenalinya kerana bakat, bukan hanya kerana siapa yang berada di sisinya.

“Nama saya masih kecil dalam industri. Harap orang menghargai saya,” katanya penuh harapan.

Amira kini berada pada fasa baharu dalam kerjaya seninya dan dilihat semakin berani untuk melangkah ke hadapan dengan bimbingan pengurusan yang dipercayainya. Lagu dan persembahan akan menjadi keutamaannya bagi memastikan beliau terus bertahan dan berkembang dalam industri hiburan tanah air.

Sumber: Kosmo

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us