Salah seorang peserta Big Stage, Han Byul telah membawakan lagu Boy With Lov nyanyian asal kumpulan kpop, BTS bersama Halsey dipentas separuh akhir, malam semalam dengan begitu baik sekali.
Namun disebalik cerita persembahan ini, pengacara Bigstage, Alif Satar telah dikecam oleh segelintir peminat kerana kenyataannya yang menyatakan lagu ini pada asalnya disampaikan oleh 8 orang.
Mungkin pada mulanya segelintir peminat ini mendakwa ahli kumpulan BTS hanya mempunyai 7 orang, dan bukannya 8 seperti yang disebutkan oleh Alif pada malam itu.
Tidak melatah dengan kecaman itu, Alif tampil dengan satu hantaran di Instagram, menyatakan bahawa lagu Boy With Luv sememangnya dinyanyikan oleh 8 orang, 7 orang ahli BTS dan seorang lagi termasuk Halsey.
Rata-rata peminat memuji Alif yang telah melakukan ‘homework’ terlebih dahulu sebelum tampil diatas pentas. Terbaik Alif!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.