Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Alat In-Ear Meletup Ketika Persembahan, Hwasa Alami Kerosakan Pendengaran

ROSTAM, Mohamad Firdaus
15 Jul 2025, 11:13 AM

alat in-ear meletup ketika persembahan, hwasa alami kerosakan pendengaranFoto: Soompi

Anggota kumpulan terkenal Mamamoo, Hwasa mendedahkan bahawa beliau kini mengalami masalah pendengaran kekal pada telinga kiri selepas alat komunikasi dalam telinga (in-ear monitor) yang dipakainya meletup ketika membuat persembahan di atas pentas.

Insiden mengejutkan itu berlaku sewaktu Mamamoo mengadakan konsert di Boston, Amerika Syarikat pada April lalu. Dalam satu pendedahan terbaru, Hwasa, 28, mengakui bahawa letupan kecil itu berpunca daripada kecuaiannya sendiri yang sering menetapkan tahap bunyi pada paras maksimum.

“Sorakan peminat sangat kuat, jadi saya selalu tingkatkan volume in-ear ke tahap paling tinggi supaya saya boleh dengar muzik dengan jelas semasa persembahan berlangsung,” ujarnya.

Namun tanpa disangka, tindakan itu membawa padah apabila peranti tersebut meletup secara tiba-tiba, lalu menyebabkan gegendang telinga kirinya rosak. Selain itu, beliau turut mengalami tinnitus, iaitu keadaan telinga berdenging secara berterusan.

“Satu hari, in-ear monitor saya benar-benar meletup. Ia menyebabkan kerosakan pada gegendang telinga kiri dan saya juga mula mengalami tinnitus,” jelasnya dengan nada kesal.

Dalam perkongsian sama, Hwasa turut mendedahkan bahawa pada hari kejadian, beliau bukan sahaja mengalami kecederaan pada telinga, malah turut berdepan kesakitan pada bahagian kaki.

“Saya terlalu sakit ketika itu dan tidak mampu berdiri. Tapi saya bertekad untuk meneruskan juga persembahan kerana tidak mahu mengecewakan peminat,” katanya.

Semangat profesionalisme yang ditunjukkan oleh penyanyi itu menerima pujian ramai, apatah lagi beliau sanggup mengharungi kesakitan demi memastikan persembahan tetap berjalan lancar.

Setakat ini, tiada kenyataan lanjut daripada agensinya berhubung tahap kesihatan semasa Hwasa, namun para peminat menzahirkan kebimbangan dan berharap beliau akan mendapat rehat secukupnya serta rawatan yang sesuai.

Sumber: Soompi

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us