Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Aktivis Itali Peluk Islam Ketika Dalam Tahanan Israel - “Rasa Seperti Bayi Baru Lahir…”

ROSTAM, Mohamad Firdaus
06 Oct 2025, 11:23 AM

aktivis itali peluk islam ketika dalam tahanan israel - “rasa seperti bayi baru lahir…”Foto: Gempak

Seorang aktivis Itali yang juga kapten kapal Maria Cristin dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF), Tommaso Bortolazzi, mengumumkan dirinya memeluk Islam ketika ditahan oleh tentera Israel baru-baru ini.

Perkembangan itu dikongsikan Bortolazzi dalam satu temu bual bersama media tempatan sebaik tiba di Istanbul, Turkiye, selepas dibebaskan oleh rejim Zionis.

Beliau menyifatkan keputusan itu sebagai detik paling bermakna dalam hidupnya.

⁠“Saya memilih Islam untuk diri saya sendiri. Rasanya seperti bayi yang baru dilahirkan, dan saya sangat gembira,” katanya dalam satu rakaman temu bual yang tular di media sosial.

Menurut Bortolazzi, beliau berdepan layanan buruk ketika dalam tahanan, termasuk melihat kru kapalnya yang majoritinya dari Turkiye dihalang menunaikan solat oleh pihak berkuasa Israel.

⁠“Ketika mereka sedang solat, polis Israel memaksa mereka berhenti. Saya menentang tindakan itu, dan selepas itu saya mengucap dua kalimah syahadah,” katanya.

 

@anadoluajansi İsrail'in saldırdığı Küresel Sumud Filosu'ndaki aktivist Tommaso Bortolazzi, maruz kaldıkları muameleyi ve Müslüman oluş sürecini anlattı #anadoluajansi #anadolu #gazze #küreselsumud ♬ Anadolu Ajansı - orijinal ses - Anadolu Ajansı

 

Beliau mengakui hari-hari terakhir dalam tahanan merupakan antara saat paling mencabar dalam hidupnya.

⁠“Kami melalui detik-detik mengerikan dan penuh ketakutan kerana mempertaruhkan nyawa bersama, namun kami kekal bersatu,” katanya lagi.

Bortolazzi turut menyifatkan penyertaannya dalam misi GSF sebagai keputusan terbaik yang pernah dibuatnya.

⁠“Saya menyertai misi ini kerana percaya ia adalah perkara yang betul. Saya melakukannya demi rakyat Palestin dan juga demi negara saya, kerana kita tidak boleh terus melihat pembunuhan beramai-ramai ini berlaku,” ujarnya.

Sebelum ini, tular rakaman video memaparkan seorang sukarelawan GSF menceritakan bahawa Bortolazzi pernah bertanya kepadanya sama ada Tuhan akan menerima dirinya sebagai Muslim meskipun memiliki tatu.

Sukarelawan itu menjawab bahawa Allah akan menerimanya, sebelum membantu beliau mengucapkan dua kalimah syahadah ketika berada dalam kenderaan tahanan.

“Semasa dalam kereta penjara, dia mengulangi kalimah syahadah yang saya bacakan — dan ketika itulah dia memeluk Islam,” kata sukarelawan berkenaan.

Video berkenaan turut memperlihatkan Bortolazzi memeluk lelaki tersebut dipercayai salah seorang sukarelawan GSF yang turut ditahan bersama beliau oleh tentera Israel sejak Khamis lalu.

Sumber: Gempak

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us