Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

[VIDEO] Aisar Khaled Dihalau di Bali, Pihak Berkuasa Rimas Bencana Dijadikan Kandungan Media Sosial

IDRUS, Husna Najwa
18 Sep 2025, 11:37 AM

[video] aisar khaled dihalau di bali, pihak berkuasa rimas bencana dijadikan kandungan media sosial

Foto: Instagram

Usaha murni pempengaruh dan selebriti media sosial, Aisar Khaled, untuk membantu mangsa banjir di Bali bertukar menjadi pengalaman yang tidak dijangka apabila beliau diusir oleh penduduk tempatan sewaktu cuba menyerahkan bantuan, pada Selasa.

Insiden itu bukan sahaja mengejutkan netizen Malaysia, malah turut mengundang perdebatan hangat di kalangan rakyat Indonesia. Apa sebenarnya yang berlaku di sebalik niat baik ini?

Menerusi rakaman video yang kini tular di media sosial, Aisar dilihat hadir ke lokasi bencana dengan membawa barangan bantuan untuk diserahkan kepada penduduk yang terkesan. Namun situasi bertukar canggung apabila beberapa individu tempatan kelihatan meminta beliau beredar, dipercayai kerana kehadirannya mengganggu operasi pembersihan pasca banjir.

 

@balitoday__ GIMANA PENDAPATMU? 🤔 — Konten kreator Aisar Khaled mengalami insiden tak mengenakkan di Bali saat mencoba menyalurkan bantuan untuk korban banjir. Niat baiknya berujung pada pengusiran yang terekam kamera. Dalam video yang diunggah akun TikTok @/illaaryantyz0 pada 16 September 2025, Aisar terlihat dikerumuni warga yang antusias saat sebuah mobil pick-up membawa pakaian bantuan. Namun, suasana berubah tegang saat seorang pria berteriak dengan nada tinggi. Pria tersebut tanpa basa-basi langsung membentak Aisar dan menudingnya hanya mencari panggung di tengah musibah yang sedang terjadi. FOLLOW @balitoday__ [cr: illaaryantyz0 - dm untuk credit / remove video] #balitoday #aisarkhaledd #banjirbali #fyp #fypシ ♬ original sound - Bali Today

 

Kehadiran kenderaan Aisar dan pasukannya juga dikatakan menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan yang sudah pun terjejas teruk dengan lumpur dan kerosakan infrastruktur akibat banjir besar.

[video] aisar khaled dihalau di bali, pihak berkuasa rimas bencana dijadikan kandungan media sosial

Foto: Tiktok

Banjir yang melanda Bali baru-baru ini adalah antara yang terburuk, membabitkan enam wilayah utama dengan lebih 12 kematian direkodkan. Ribuan penduduk kehilangan tempat tinggal, manakala operasi bantuan masih giat dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan dan NGO antarabangsa.

Dalam situasi penuh tekanan dan keletihan ini, sesetengah pihak melihat kehadiran kamera dan personaliti luar sebagai gangguan, bukan pertolongan.

Insiden melibatkan Aisar telah mencetuskan pelbagai reaksi bercampur di media sosial.

Sebahagian netizen menyatakan simpati dan sokongan, menyifatkan tindakan Aisar sebagai murni dan patut dihargai. Malah ada yang memuji keberanian beliau turun padang ke negara luar demi membantu mangsa bencana.

Namun, ada juga yang mengkritik caranya yang dikatakan kurang sensitif terhadap situasi setempat, terutamanya apabila melibatkan kawasan bencana yang masih dalam fasa kritikal.

“Niat dia baik, tapi mungkin waktu dan pendekatannya tak sesuai,” tulis seorang pengguna di TikTok.

“Kalau nak bantu, elok koordinasi dulu dengan pihak tempatan,” kata seorang lagi netizen di Instagram.

Kejadian ini memberi pengajaran penting kepada mana-mana individu atau NGO yang ingin menghulurkan bantuan di luar negara terutamanya dalam kawasan bencana yang sensitif.

Koordinasi dengan pihak berkuasa tempatan, memahami budaya masyarakat setempat, serta memilih masa yang sesuai adalah elemen penting agar bantuan yang diberikan benar-benar memberi manfaat dan bukan mencetuskan salah faham.

[video] aisar khaled dihalau di bali, pihak berkuasa rimas bencana dijadikan kandungan media sosial

Foto: Instagram

Walaupun berlaku salah faham, usaha Aisar Khaled harus dilihat dari sudut yang lebih luas sebagai inisiatif anak muda Malaysia yang berani mengambil tanggungjawab sosial melepasi sempadan negara.

Mungkin insiden ini menjadi titik tolak untuk Aisar dan para pempengaruh lain untuk merancang bantuan dengan lebih strategik dan profesional di masa hadapan.

Sumber: Suara.com

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us