Pelakon dan usahawan terkenal, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal bersyukur dapat menyambut kelahiran cahaya mata mereka yang keempat.
Menerusi hantaran di laman Instagram Aeril, dia memaklumkan Wawa dimasukkan ke hospital awal seminggu dari tarikh jangkaan bersalin setelah mengalami tanda-tanda untuk melahirkan.
“Pagi ni (semalam) tiba-tiba baby nak keluar.
“Awal seminggu dari tarikh yang diberi. Doakan semuanya selamat,” katanya.
Aeril juga bersyukur semua urusan melahirkan anaknya itu dipermudahkan dan keadaan isterinya dalam keadaan stabil dan baik.
“Assalamualaikum anakku. Terima kasih semua atas doa-doanya,” tulisnya.
Namun pelakon itu mencuri perhatian apabila dimarahi isterinya dengan nada jenaka apabila memujinya cantik selepas selesai proses kelahiran anak mereka.
“Waktu ni saya kena marah. Sebab puji dia. ‘Sakit-sakit pun cantik’ hehe salah ke puji macam tu,” tulisnya lagi.
Video tersebut memaparkan Wawa sedang berada di atas katil dengan bantuan daripada jururawat di hospital tersebut.
Lebih sejuta tontonan video diperoleh dan rakan-rakan artis serta warganet memberikan banyak reaksi terhadap video tersebut.
“Tak salah cuma kesakitannya tak tertanggung,” tulis pelakon lagenda, Fauziah Nawi.
“Sebab masa tu bukan pujian yg dia mahu,” kata artis versatil, Yasmin Hani.
Aeril mengucapkan terima kasih dan rasa syukur atas segala ucapan yang dititipkan para peminat, keluarga dan rakan-rakan atas kelahiran anaknya.
Oleh: Muhammad Izwan Zainal
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.