Pelakon, Adeline Tsen sering dipersoal oleh warganet berkenaan penampilannya yang dikatakan agar seksi dan terbuka.

Namun, menurut pelakon berusia 33 tahun ini kepada Media Hiburan, beliau mempunyai alasan tersendiri menggayakan pakaian sedemikian lebih-lebih lagi apabila fizikalnya kini lebih kurus berbanding sebelum.
“Bila sudah kurus tu saya rasa lebih yakin. Pada masa sama saya pun mahu amalkan gaya hidup sihat. Kita ni semakin berusia jadi semua itu perlu diambil kira.
“Penampilan seksi ni sebab I tak nak nampak I tua… Kalau boleh. Orang pun tak pernah rasa saya ni berusia 30-an, mereka ingat saya seperti 20-an sahaja. Sebab penampilan diri itulah.
“Soal pemakaian, ia biarlah bersesuai dengan majlis,” katanya kepada MH.
Tambah lagi, soal penampilannya itu bukanlah satu yang baru, asalkan bapabya tetap tahu dirinya dan masih menerima seadanya.

“Saya sudah lalilah kalau diperkatakan mengenai hal itu. Yang penting, bapa saya tetap tahu diri saya masih sama seadanya. Soal penampilan itu orang kata dont judge a book by its cover."
Beliau juga akan memadamkan mana-mana komen yang melampau, malah boleh menyunting komen tertentu secara automatik menggunakan setting di Instagram.
Sumber: Media Hiburan
Foto: Instagram Adeline Tsen
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.