Pelawak popular tanah air, Achey tidak dapat menahan sebak apabila ibunya Ngaisah Hassan telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor kira-kira jam 12.46 pagi tadi.
Allahyarham difahamkan meninggal dunia akibat penyakit kanser yang dihidapinya sejak dua tahun lalu.
Mohd Nasir Hamzah atau mesra disapa Achey, dia mendapat perkhabaran duka itu ketika menghadiri rakaman program raya bersama Zizan Razak dan Scha Alyahya.
Pelawak itu juga menitiskan air mata sebak setelah menerima berita tentang permergian ibunya ketika dalam perjalanan ke kampung halaman.
“Beberapa kali juga saya terpaksa menghentikan motosikal menangis tepi jalan, sedihnya hanya Allah sahaja yang tahu. Bagaikan melayang jiwa atas pemergian 'syurga' saya.
“Jujurnya, saya terkilan tidak berada di sisi arwah pada saat menghembuskan nafas terakhir.
“Walaupun sedih, saya tetap bersyukur arwah dijemput Allah pada 10 malam terakhir Ramadan,” katanya.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.