Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Acara Amal Kanser Payudara Korea Dikecam Kerana Jadi Pesta Selebriti, Penganjur Mohon Maaf

ROSTAM, Mohamad Firdaus
21 Oct 2025, 11:10 AM

acara amal kanser payudara korea dikecam kerana jadi pesta selebriti, penganjur mohon maafFoto: WKorea

Acara pengumpulan dana kesedaran kanser payudara anjuran majalah fesyen terkenal Korea Selatan, W Korea, menerima kecaman hebat selepas didakwa lebih menumpukan perhatian kepada selebriti berbanding tujuan sebenar kempen.

Program tahunan bertema ‘Love Your W 2025’ itu diadakan di Hotel Four Seasons, Seoul, pada Rabu lalu dan menampilkan ramai artis popular termasuk V dan RM dari BTS, Karina daripada Aespa serta pelakon Lovely Runner, Byeon Woo-seok. Namun, imej serta video mereka minum dan berparti tular di media sosial, menimbulkan tanggapan bahawa acara itu lebih mirip pesta fesyen daripada inisiatif amal.

Ramai pengguna dalam talian mengecam majlis itu sebagai ‘parti selebriti yang disamar sebagai kempen kanser payudara’ dan ‘acara jaringan idola dengan label amal semata-mata’. Seorang pengguna menulis, “Apa kaitan minum alkohol dan bergambar dengan kesedaran kanser payudara?” manakala seorang lagi menegaskan, “Alkohol adalah antara perkara paling buruk bagi pesakit kanser payudara.”

Beberapa pesakit turut meluahkan rasa kecewa melihat selebriti menari dan membuat cabaran media sosial tanpa sebarang mesej tentang kesedaran penyakit itu. “Saya pesakit kanser payudara. Adakah penyakit saya ini sesuatu untuk kamu ketawakan dan berpesta?” tulis seorang wanita.

Selain itu, pemilihan lagu Mommae nyanyian Jay Park ketika persembahan turut mencetuskan kontroversi kerana mengandungi lirik berunsur seksual yang dianggap tidak sesuai untuk acara sebegitu. W Korea kemudiannya memadam video persembahan itu 20 minit selepas dimuat naik, sementara Jay Park memohon maaf dan berkata, “Jika ada pesakit kanser yang berasa tersinggung, saya benar-benar minta maaf.”

W Korea turut mengeluarkan kenyataan rasmi memohon maaf pada Ahad lalu, mengakui acara itu gagal mempertimbangkan perasaan pesakit kanser payudara dan keluarga mereka.

“Kami memohon maaf dengan mendalam kerana menyebabkan ketidakselesaan. Kami akan menilai semula keseluruhan proses perancangan dan pelaksanaan agar perkara sama tidak berulang,” tulis pihak majalah itu.

Tahun ini menandakan ulang tahun ke-20 kempen Love Your W, yang asalnya dipuji kerana membantu mengumpul dana untuk Yayasan Kanser Payudara Korea. Namun, warganet kini mempersoalkan keberkesanan kempen tersebut selepas laporan mendapati hanya sekitar 1.1 bilion won (kira-kira RM3.9 juta) berjaya dikumpul dalam tempoh dua dekad, jumlah yang dianggap terlalu kecil bagi acara kebangsaan berskala besar.

Sebagai perbandingan, acara Pink Run anjuran Yayasan Kesihatan Payudara Korea telah berjaya mengumpul 4.2 bilion won sepanjang 24 tahun. Tidak seperti kempen antarabangsa lain yang menampilkan pesakit atau pakar perubatan di samping selebriti, acara W Korea tahun ini tidak melibatkan mana-mana pesakit atau tenaga kesihatan.

“Tiada satu pun gambar atau kenyataan daripada selebriti yang hadir menunjukkan solidariti dengan pesakit kanser payudara. Ia lebih kelihatan seperti acara pengaruh media sosial daripada kempen kesihatan wanita,” tulis seorang pengguna di media sosial.

Sumber: SCMP

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us