Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

“Terima Kasih KRU Kerana Sudah Membuka ‘Jalan’...”- AC Mizal Anggap Impian Adakan Konsert Menjadi Kenyataan

ROSTAM, Mohamad Firdaus
25 Jun 2025, 10:41 AM

“terima kasih kru kerana sudah membuka ‘jalan’...”- ac mizal anggap impian adakan konsert menjadi kenyataanDatuk AC Mizal menzahirkan rasa terima kasih yang mendalam kepada kumpulan KRU atas kejayaan konsert mereka baru-baru ini yang disifatkan sebagai pencetus kepada kebangkitan semula kumpulan muzik era 90-an, termasuk 4U2C, untuk kembali menghangatkan pentas hiburan tanah air.

Menurut AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, kejayaan KRU bukan sahaja memberi inspirasi, malah turut membuka ruang kepada kumpulan seperti mereka untuk tampil semula dengan persembahan berskala besar.

“Kami berterima kasih kepada KRU kerana kejayaan konsert mereka membuka laluan kepada kumpulan era 90-an seperti kami untuk kembali tampil dengan konsert berskala besar. Tanpa pencapaian mereka, peluang ini mungkin tidak hadir seperti sekarang.

“Kami mahu kongsi momen istimewa ini dengan peminat dan keluarga. Ini adalah detik yang amat kami nantikan,” katanya ketika ditemui dalam sidang media khas konsert WE 4U2C yang berlangsung di sebuah hotel di Bukit Bintang.

Konsert yang bakal berlangsung pada 15 September ini di Idea Live Arena, Petaling Jaya membawa tema "Bringin’ Back The 90's Flava" dan akan menampilkan tujuh anggota asal kumpulan 4U2C, iaitu AC Mizal, Aren, Yanz, Rinz, Lanz, Charlie dan Azam.

Menurut AC, penganjuran konsert ini juga merupakan satu impian peribadi yang telah lama disimpan. Beliau mendedahkan bahawa idea awal untuk menjayakan konsert ini datang daripada isterinya, Datin Emylia Rosnaida, sebelum ia direalisasikan oleh pihak penganjur, Juss Event.

“Konsert ini sudah lama menjadi impian saya. Idea asalnya datang daripada isteri saya, dan tidak lama kemudian pihak Juss Event menawarkan kami peluang untuk menjayakan konsert ini secara solo. Bagi saya, ini umpama impian yang menjadi kenyataan. Saya amat bersyukur kerana peluang ini hadir tepat pada waktunya,” jelasnya.

Tambah beliau, konsert kali ini bukan sekadar sebuah persembahan nostalgia, sebaliknya menjadi titik permulaan kepada kemunculan semula 4U2C dalam industri muzik tempatan.

“Kami mahu jadi pencetus gaya dan kembalikan sejarah. 4U2C adalah kumpulan pertama yang menyanyi sambil menari di pentas tempatan. Untuk konsert kali ini, kami akan terus kekalkan identiti itu. Kami mahu buktikan bahawa dalam industri muzik Malaysia, masih ada artis berkualiti tinggi yang bukan sahaja menyanyi tetapi benar-benar mampu menghiburkan,” katanya penuh yakin.

Sumber: Gempak

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us