Abang penyanyi Stacy Anam iaitu Chaq, 35, meninggal dunia di Hospital Sibu, Sarawak jam 3.20 pagi, hari ini.
Bekas peserta realiti tv itu dirawat di hospital itu kerana mengalami pendarahan dalam kepala selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 12 Mac lalu.

Chaq atau nama sebenarnya Camellus Delleli Anam sebelum ini sudah ditidurkan selama seminggu dan berita pemergiannya disampaikan adik lelakinya, Aldrich yang menjaganya di hospital.
Akibat kemalangan itu, beberapa organ dalaman Chaq mengalami gangguan antaranya masalah jantung selain hati dan limpa mengalami luka. Tekanan darah dan jantungnya dilaporkan rendah selain hati dan buah pinggangnya juga terkesan.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.