Ahmad Firdous Raissuddin, abang kepada Allahyarham Siti Sarah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang dan kini telah ditidurkan oleh doktor akibat keadaan kesihatannya yang menurun setelah dijangkiti COVID-19.
Menerusi hantaran di laman Instagram, Shuib memaklumkan abang iparnya Ahmad Firdous ditidurkan sejak pukul 5 pagi untuk membantu paru-parunya berehat.
“Assalamualaikum semua. Allah Maha Besar, Allah Maha Kuasa. Baru dapat panggilan bahawa abang ipar saya dimasukkan ke ICU.
“Saya mohon mendoakan Ahmad Firdous Raissuddin diberi kesembuhan segera... Amin Ya Rabbal Alamin,” tulisnya.
Malah, bacaan oksigen dalam tubuh Ahmad Firdous dilaporkan menurun pada 93 peratus ketika pasukan perubatan datang ke rumahnya untuk membawanya ke hospital.
Sebelum ini, Ahmad Firdous dan isterinya sah dijangkiti virus COVID-19 itu manakala dua anak pasangan itu dilaporkan sudah bebas daripada virus berkenaan.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.