
Sumber: Kosmo
Selepas Achey muncul dengan lagu single pertamanya, Yang Terindah kini giliran Abam pula. Abam muncul dengan single sulunganya berjudul Ala Tuyul yang berduet bersama pelawak dari Indonesia, Dzawin.
Abam dipilih oleh penulis lagu tersebut, Muhammad Adlan Shaharir kerana merasakan suara Abam sangat menarik dan unik.
“Idea untuk membuat lagu ini tercetus daripada drama yang dilakonkan oleh Abam iaitu Tuyul Ke London tahun lalu.
“Melihat pada kesungguhan dan komitmen yang diberikan oleh Abam yang melakonkan watak Toyol, saya merasakan lagu ini layak diberikan kepadanya,” kata penerbit lagu, Shafirul Nizam Haron.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.