Selepas mencipta nama di Malaysia, Aaron Aziz kini semakin melebarkan sayapnya ke peringkat antarabangsa apabila beliau tampil dalam filem aksi jenayah Hong Kong bertajuk Undercover Punch and Gun.

Filem yang kini sedang ditayangkan membariskan juga pelakon popular Hong Kong seperti Philip Ng, Andy Onimal, Van Ness WuKitty Jiang, Feng Wen Juan, Aka Chio, Chi Shuai, Jia, Lam Suet, dan Susan Shaw.


Dipetik daripada FMT, Aaron Aziz berkata beliau ingin mencuba kelainan dalam kerjaya lakonannya.
“Semuanya berjalan dengan lancar sepanjang penggambaran dan layanan yang diberikan kepada semua pelakon juga adalah sama rata.
“Cuma memandangkan penggambaran banyak dilakukan di pelabuhan dan banyak kontena, keadaan agak panas, sedikit kurang selesa dan ia memberikan cabaran buat saya,
“Walaupun terdapat perbezaan terutama dari segi bahasa namun mereka masih memberi peluang kepada pelakon Melayu seperti saya untuk berlakon dengan mereka.
“Itu adalah salah satu sebab juga saya bersetuju berlakon untuk filem ini dah mahu membuktikan yang pelakon-pelakon kita juga boleh menembusi pasaran antarabangsa,” ujarnya.
Filem Undecover Punch and Gun ini mengisahkan tentang polis yang menyamar terpaksa berkerjasama dengan sekumpulan pasukan khas yang menentang penyeludupan dadah. Korang boleh tengok Aaron Aziz dalam video dibawah pada minit ke-1:05.
Sumber: FMT
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.