Tadi telah berlangsungnya sidang media untuk rancangan Super Spontan. Telah memasuki musim ke tujuh dan diberi nama Super Spontan Xtravaganza. Kali ini, korang akan lebih terhibur dengan peserta-peserta program ini.
Masih mengekalkan konsep dua pasukan, kali ini bertemakan masakan. Dua nama pasukan telah dipilih. Pasukan pertama dikenali sebagai Lobster Leleh yang melambangkan watak tukang masak di hotel. Manakala satu lagi pasukan dikenali sebagai Sotong Kangkung yang membawa imej tukang masak jalanan.
Kedua-dua pasukan mempunyai pengurus yang tersendiri. Pasukan Sotong Kangkung diketuai Rashid Salleh sebagai pengurus. Kumpulan ini terdiri daripada Achey Shahrol, Nizam Jentik Jentik, Tauke Jambu, Atu Zero, Izzue Islam, Siti Elizad dan Modee.
Pasukan Lobster Leleh pula diketuai oleh Reza Zainal selaku pengerusi. Manakala ahli kumpulan ini ialah Fad Bocey, Abam Bocey, Mamak Puteh, Joey, Anas Ridzuan, Zara Zya, Tomok dan Jaa Suzuran.
Kelainan kali ni, peserta bukan sahaja dalam kalangan pelakon dan pelawak tetapi juga selebriti media social. Sekali lagi AC Mizal dipilih sebagai Pengacara Utama dan Amir Raja Lawak sebagai pengcara sampungan.
Bukan tu je, kali ini Super Spontan menampilkan rancangan terbaru yang dikenali sebagai Spontan Tepi Jalan yang mana Ali Puteh akan memilih orang awam secara rawak dan bermain permainan spontan. Pemain yang awesome akan terpilih untuk bertanding dalam super spontan bersama selebriti yang lain.
Super Spontan Xtravaganza akan mula ditayangkan pada 20 Julaini ini jam 10 malam di Astro Warna (132) dan Warna HD (124).
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.