Korang dah tengok ke belum filem tempatan yang mencetus fenomena tahun ni? Filem Hantu Kak Limah, kesinambungan daripada filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010) dan Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit (2013).
Filem Hantu Kak Limah ni telah mencetus fenomena seawal hari pertama tayangan lagi dengan memperoleh kutipan sebanyak RM1.8juta, dan pada hari ke-11 tayangan, angka ini telah berubah menjadi RM20.5juta!
Angka ini telah menjadikan filem arahan Mamat Khalid ini sebagai filem tempatan dengan kutipan tertinggi yang sebelum ini dipegang oleh filem Abang Long Fadil 2 (terbitan Astro Shaw & Skop Productions ) dengan kutipan RM19.04 juta selama 28 hari tayangan di Malaysia, Singapura dan Brunei, Polis Evo (RM17.7juta) dan The Journey (RM16.84juta).
Filem Hantu Kak Limah masih rancak ditayangan di 146 pawagam dan membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Datuk Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Allahyarham Rab Khalid, Mus May, Sharwani, TJ Isa, Jue Aziz serta penampilan istimewa Erra Fazira dan Datuk Seri Vida.
Korang dah tengok ke belum filem ni? Kalau belum, moh le ke panggung!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.