Seorang Youtuber berpengaruh di sosial media telah menunjukkan cara bagaimana dia mendapatkan pertukaran tiket penerbangan percuma bagi kelas bisnes dengan berpura-pura patah pada buku lali.

Video yang dimuatnaik oleh Jamie Zhu yang mempunyai 706 ribu pengikut di Youtube menceritakan taktik yang digunakan olehnya bagi membolehkan dia menaiki kelas bisnes yang lebih baik tanpa perlu membayar apa-apa.
Jamie Zhu terlebih dahulu telah membeli sepasang kasut bot dimana ia digunakan sebagai prop bagi dirinya berlakon ketika dalam pesawat.

Selepas menaiki kapal terbang, dia memberitahu anak kapal bahawa kasut bot itu tidak muat ditempat duduknya.
“Ia tidak muat disini. Boleh saya mendapatkan tempat duduk yang lain? Saya tidak muat untuk duduk di sini kerana but ini. Buku lali saya telah patah,” katanya.

Zhu juga merakamkan dirinya menikmati kelas bisnes termasuk makanan dan minuman serta ruangan tempat duduk yang lebih besar, termasuk selimut dan bantal yang disediakan.
Video yang mendapat lebih 125 ribu tontonan itu bagaimanapun mendapat kecamanan ramai, sehinggakan ada yang mendakwa beliau boleh dikenakan tindakan undang-undang atas kesalahan menipu.


Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.