Tidak ramai yang mempunyai jodoh dalam usia yang muda, malah ada yang sudah menjangkau usia dan masih mencari-cari jodoh yang sesuai.
Mungkin itu yang terjadi pada Pascale Sellick, 49, apabila beliau merancang untuk berkahwin dengan selimutnya kerana semua hubungannya yang terdahulu tidak bertahan lama.


Pascale yang berkerja sebagai artis berkata, pasangannya yang terdahulu tidak tahan kerana sikapnya yang kasar. Namun, hanya selimutnya sahaja yang dapat memahami dirinya, membuatkan Pascale nekad berkahwin dengan selimutnya itu. What!


“Saya mencintai selimut saya kerana ia sentiasa berada di sisi untuk memberikan pelukan. Majlis perkahwinan kami diadakan secara besar-besaran dengan muzik, persembahan dan hiburan,” katanya.
Sumber: BBC News
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.