Malaysia dijangka menerima vaksin COVID-19 pada suku pertama tahun hadapan.

Menurut satu kenyataan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), keutamaan akan diberikan kepada petugas barisan hadapan meliputi sektor kesihatan dan keselamatan.
Setakat ini, KKM telah berhubung dengan 8 calon vaksin yang kini berada di peringkat klinikal fasa ketiga.
Bagi tujuan pembelian vaksin ini juga, kerajaan akan menyediakan peruntukan kewangan melalui Tabung COVID-19 Kementerian Kewangan.
Kenyataan berikut dikeluarkan susulan daripada mesyuarat pertama Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid-19 (JKJAV).
Objektif penubuhan JKJAV adalah untuk memastikan bekalan vaksin COVID-19 diperoleh segera dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertindak sebagai Jawatankuasa Induk dalam merancang, melaksana dan memantau keseluruhan strategi untuk pembekalan vaksin COVID-19 sehingga pelaksanaan program imunisasi dijalankan.
Sumber: Facebook Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.