Bulan Ramadan tahun ini dijangka jatuh pada 17 Mei. Jadi, kepada mereka yang nak bercuti bersama keluarga sebelum masuknya bulan Ramadan, kami nak suggest beberapa tempat yang awesome untuk korang bercuti pada bulan depan.
#1 Koh Samui, Thailand

Kalau korang yang jenis suka pantai, boleh lah cuba pergi ke Koh Samui, Thailand. Dengan pertukaran kadar matawang yang tak lah mahal sangat berbanding ringgit, korang boleh plan untuk short vacation. Maybe pergi weekend je ke.
#2 Suzhou, China

Tempat ini untuk mereka yang suka dengan the hijau. Jajahan Jiangsu ini akan memberikan peminat the satu pengalaman yang berbeza. Kalau korang pergi bulan April jugak, korng boleh join Biluochun Tea Culture and Tourism Festival. Kiranya festival menuai the lah.
#3 Cam Ranh Bay, Vietnam

Tempat ni pun antara destinasi bajet yang korang boleh cuba. Memandangkan matawang Vietnam lebih kurang Ringgit Malaysia, jadi boleh lah korang plan untuk family short vacation.
Sumber: Travel And Leisure
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.