Setakat 3 Oktober 2020 jam 12 tengah hari, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 317 lagi kes baru positif COVID-19 dikesan.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif #COVID19 di Malaysia melonjak kepada 12,088 kes.
Setakat ini juga masih lagi terdapat 1,735 jumlah kes aktif (14.35%) dengan 29 daripadanya sedang mendapat rawatan di ICU.
Dukacita dimaklumkan juga bahawa terdapat satu kes kematian dilaporkan, menjadikan jumlah kes kematian di Malaysia akibat #COVID19 meningkat kepada 137 kes.
Setakat 3 Oktober 2020, terdapat 121 kes sembuh akibat #COVID19, menjadikan jumlah kes sembuh juga meningkat kepada 10,216 kes (84.52%).
Sumber: KKM
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.