Buat peminat filem Marvel pasti merasa teruja untuk menantikan filem keluaran Marvel Studios terbaru iaitu Thor 4.

Filem Thor 4 ini masih mengekalkan pengarah Taika Waititi bersama watak utama, Chris Hemsworth yang melakonkan watak Thor. Ia juga telah disahkan oleh Tessa Thompson dalam satu temubualnya bersama LA Times.

Dalam pada lain, dilaporkan Chris Hemsworth akan muncul juga dalam filem Guardians of the Galaxy 3, arahan James Gunn, sebagaimana yang ditunjukkan dalam filem Avengers: Endgame.

Marvel Studio juga akan membuat pengumuman di Comic-Con tentang perancangan fasa ke-4 mereka seperti Black Widow, Eternals, Shang-Chi, Black Panther 2, Captain Marvel 2 dan Doctor Strange 2.
Siapa yang tak sabar untuk filem Thor 4?

Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.