Sekitar tahun 2009, filem UP telah menjadi buah mulut orang ramai, baik kanak-kanak mahupun dewasa.
Siapa sangka, daripada filem, seorang lelaki telah telah meniru apa yang dilakukan dalam filem berkenaan dengan menggunakan 100 biji belon berisi Helium dan terbang sejauh 25 km!


Projek yang diilhamkan oleh The Adventurists dari Bristol, England ini sebenarnya menawarkan percutian pada mereka yang inginkan kelainan. Sebelum ditawarkan pada orang ramai, pemilik syarikat The Adventurists, Tom Morgan telah menguji belon yang di isikan dengan gas Helium, dan diletakkan pada sebuah kerusi.


Morgan telah berada di atas ketinggian udara setinggi 2438 meter dan mengembara sejauh 25 km dalam masa 2 jam.
Sumber: BBC News
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.