Bertempat di bandar Atlantic, Amerika Syarikat, bandar ini pernah menjadi tuan rumah kepada sukan yang sudah diharamkan iaitu sukan kuda terjun dalam air.


Setiap kuda akan mempunyai seorang penunggang wanita dibelakangnya, dan berada pada ketinggian platform setinggi 40 kaki, sebelum terjun ke dalam air dibawah platform tersebut.




Idea mencipta sukan tersebut diilhamkan oleh William Frank Carver pada tahun 1881, seorang pemburu yang juga merupakan pelatih haiwan-haiwan liar.


Sukan kuda terjun ini menjadi popular sehinggakan pernah di filemkan oleh Disney dalam Wild Hearts Can’t Be Broken pada tahun 1991.

Disebabkan sukan ini dilihat seperti menyiksa kuda walaupun tiada sebarang kemalangan dilaporkan, sukan kuda terjun ini telah diharamkan pada tahun 1978.


Sumber: Amusing Planet
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.