Seorang lelaki dari Dhaka, Bangladesh telah ditahan polis selepas didakwa mencukur kepala isterinya gara-gara menemui rambut dalam makanan ketika sedang menikmati sarapan pagi.

Menurut ketua polis tempatan, pihaknya menyerbu sebuah perkampungan dan menahan Bablu Mondal, 35, selepas mendapat laporan daripada penduduk setempat.
"Suspek menjumpai rambut pada nasi dan susu dalam makanan yang disediakan isterinya. Akibat terlalu marah dia mengambil pisau dan mencukur kepala wanita itu," katanya.
Sebelum itu, penduduk setempat telah membuat demonstrasi atas tindakan Mondal ini sehinggalah ia mendapat perhatian pihak berkuasa tempatan.


Ekoran daripada tindakan itu, Mondal dikenakan hukuman penjara 14 tahun serta melampai kesederhanaan isteri yang berusia 23 tahun itu.
Tindakan Mondal ini disifatkan menindas wanita dan perlu dikenakan hukuman sewajarnya.
Sumber: Daily Mail
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.