Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

Kak Cik Yah Pempengaruh

Stress Antara Punca Dapat Serangan Jantung Dan Meninggal Dunia Pada Usia Muda

Stress juga memberikan kesan kepada kesihatan mental.
Editor
19 Feb 2020, 09:25 AM

Sejak akhir-akhir ini, kita dikejutkan dengan banyak berita pemergian selebriti dan beberapa orang ternama ketika mereka dalam usia yang sangat muda.

Menurut pengamal perubatan am, Dr. Zubaidi Ahmad berkata serangan jantung bukan hanya dipengaruhi oleh faktor kesihatan seperti darah tinggi, tetapi ia juga berkait dengan tekanan ataupun stress.

stress antara punca dapat serangan jantung dan meninggal dunia pada usia muda

“Stres itu menjadi penyebab masalah serangan sakit jantung dalam kalangan orang muda. Banyak penemuan baharu yang diterbitkan dalam jurnal. Kita tengok stres berlaku kepada kebanyakan orang. Stres ini akan menyebabkan jantung kita tidak berfungsi dengan normal.

“Sesetengah orang, dia ingat dia tiada stres tetapi kalau lihat degupan jantung, degupannya laju. Tak cukup tidur, asyik bermimpi, naik baran tetapi dia kata dia tiada stres. Stres ini sukar dikesan bukan seperti penyakit kronik yang lain.

“Stres dalam golongan orang muda ini saya percaya pertama keadaan pekerjaan, kewangan, hubungan sesama kawan dan masalah persekitaran. Masalah ini akan menjadi penyebab kepada stres dan bahaya. Cuma tidak ada orang yang rasa dia stres,” katanya.

stress antara punca dapat serangan jantung dan meninggal dunia pada usia muda

Dr Zubaidi juga menambah, beliau sendiri pernah berhadapan dengan beberapa kes pesakit yang kronik akibat stress.

“Contohnya saya berdepan kes seorang lelaki yang merupakan pengajar kecergasan di gimnasium. Disebabkan dia banyak bekerja, tak banyak rehat, dia sendiri mengaku dia kena strok.

“Begitu juga dengan selebriti dan pelakon. Mereka banyak terlibat dengan penggambaran. Tidak cukup tidur. Itu menyebabkan stres pada diri dia dan mungkin ditambah dengan stres sekeliling. Anak dan isteri terpaksa tinggal. Ini menyebabkan jantung dia mengalami masalah fungsi,” katanya lagi.

stress antara punca dapat serangan jantung dan meninggal dunia pada usia muda

Dalam pada itu, stress juga boleh mendatangkan masalah seperti mental, kemurungan sehingga boleh membuatkan pesakit mempunyai keinginan untuk membunuh diri.

Sumber: Sinar Harian

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us