Ekoran daripada peningkatan jumlah jangkitan COVID-19 khasnya dikawasan zon merah di Petaling, Selangor, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan penutupan sekolah-sekolah di kawasan ini berkuatkuasa 12 Oktober 2020 sehingga 25 Oktober 2020.

Memetik kenyataan media KPM bertarikh 11 Oktober, penutupan sementara ini melibatkan 298 buah sekolah di seluruh daerah Petaling, dimana ia merangkumi sekolah rendah dan menengah dibawah KPM serta sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM.
Ekoran daripada penutupan ini, pengajaran dan pembelajaran akan diadakan dari rumah, mengikut kesesuaian guru dan murid.

Sekolah-sekolah yang kini sedang mengadakan peperiksaan percubaan SPM, boleh menjadualkan semula peperiksaan ini ke satu tarikh yang bersesuaian kelak.
Berikut adalah senarai penuh sekolah yang ditutup sementara mulai hari ini, 12/10 sehingga 25/10 depan:








Sumber: KPM
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.