Universiti Malaya (UM) mencatat sejarah apabila tersenarai sebagai 10 universiti terbaik di Asia.

UM kini berada di tangga ke sembilan berbanding ke-13 pada tahun lalu, seperti laporan yang dikeluarkan oleh Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings: Asia 2021.

UM juga telah berjaya mengatasi Shanghai Jiao Tong University yang menduduki tempat-10 dalam penarafan tahun ini. Shang Jiao Tong University merupakan universiti terkemuka yang telah memperkenalkan Academic Ranking of World Universities atau lebih dikenali sebagai Shanghai Jiao Tong University Rankings yang menilai kekuatan penyelidikan universiti di seluruh dunia.
Selain UM, sembilan lagi universiti tempatan yang terdiri daripada enam universiti awam dan tiga universiti swasta negara ini tergolong dalam kelompok 110 universiti terbaik di Asia.
Antaranya Universiti Putra Malaysia (ke-28), Universiti Sains Malaysia (ke-34), Universiti Kebangsaan Malaysia (ke-35), Universiti Teknologi Malaysia (ke-39), Universiti Teknologi PETRONAS (ke-70), Universiti Taylor’s (ke-89), Universiti UCSI (ke-105), Universiti Utara Malaysia (ke-107) dan Universiti Teknologi MARA (ke-108).
"Kejayaan ini juga secara tidak langsung akan terus menempatkan Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi di rantau Asia ini dan juga dapat membantu institusi dalam menjalinkan kerjasama dengan penyelidik terkemuka dunia," kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dalam satu kenyataan.
Senarai penuh 35 IPT Malaysia dalam ranking Asia 2021 adalah seperti berikut:


Sumber: Kementerian Pengajian Tinggi
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.