Tak semua orang boleh menulis menggunakan kedua-dua belah tangan kiri dan kanan. Kebolehan menulis menggunakan kedua belah tangan ini dikenali sebagai ambidexterity.

Sebuah sekolah di India mengajar anak muridnya untuk menulis menggunakan kedua-dua belah tangan, bertujuan bagi meningkatkan tumpuan pelajar dan mengasah skil pelajar untuk belajar lebih daripada satu bahasa.


Setiap hari, pelajar di Sekolah Veena Vandini di Madhya Pradesh itu akan berlatih selama 15 minit menggunakan kedua belah tangan mereka.


Dan sehingga kini, sekolah berkenaan sudah melahirkan lebih 300 pelajar yang boleh menulis menggunakan kedua-dua belah tangan sejak dari tahun 1999.
Sumber: Daily Mail
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.