Ekoran daripada kes pencemaran udara di Pasir Gudang, Johor, sebanyak 475 institusi pendidikan disini diarah ditutup serta-merta hingga 27 Jun 2019.

Ia disahkan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Azman Adnan yang berkata, jumlah tersebut melibatkan 111 sekolah rendah dan menengah kerajaan, 3 institusi pendidikan tinggi, 14 sekolah swasta dan antarabangsa serta 347 tadika swasta.
“Institusi pendidikan tersebut ditutup supaya kerja-kerja berkaitan mengatasi isu bahan punca pencemaran dapat diselesaikan oleh pihak berkuasa.
“Marilah kita bersama mendoakan supaya insiden ini akan dapat diatasi segera dan sekolah akan dapat beroperasi seperti biasa demi kebaikan para murid,” katanya.

Terdahulu, sebanyak 75 individu dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HIS) selepas mengalami sesak nafas dan muntah sejak Khamis lalu.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.